Langkau ke kandungan
Pasukan Peace Construction memasang papan fascia baharu di bumbung rumah di Kuching
500+ projek siap di Kuching & Samarahan

Rumah Uzur? Kami Baiki, Nampak Baru Semula.

Kontraktor renovation dan baik pulih rumah di Kuching & Kota Samarahan. Jaminan bertulis sehingga 10 tahun, ikut skop kerja. Kembalikan ketenangan rumah anda hari ini.

Jaminan Sehingga 10 Tahun
Tanpa Hidden Cost
Site Survey Percuma

Kami Faham Masalah Anda

Rumah Makin Uzur. Nak Baiki, Tapi Siapa Boleh Dipercayai?

Setiap minggu kami jumpa pemilik rumah di Kuching & Samarahan yang hadapi dua masalah yang sama:

Kerosakan Makin Menjadi

Atap bocor bila hujan lebat. Dinding retak, cat pudar, tiles pecah. Setiap kali pandang, hati rasa tak senang dan kerosakan tu takkan baik sendiri.

Trauma Dengan Kontraktor

Pernah kena tinggal kerja separuh jalan? Harga melambung selepas kerja bermula, janji siap tak ditepati? Sebab itulah ramai tangguh baik pulih bertahun-tahun.

Kerosakan Kecil Hari Ini, Bencana Besar Hari Esok

Rembesan kecil di bumbung boleh mereputkan struktur atap. Retakan halus di dinding boleh merebak sampai ke asas rumah. Dan setiap musim hujan yang berlalu, kerosakan tu makin dalam.

Kerja yang boleh dibaiki dengan kos kecil hari ini boleh jadi projek puluhan ribu ringgit kalau ditangguh. Bukan itu sahaja, keselamatan dan keselesaan keluarga anda yang jadi taruhannya.

"Kami tidak sekadar membaiki rumah, kami memulihkan ketenangan minda anda."

Anda tak perlu hadapi semuanya sendirian. Peace Construction dah bantu 500+ pemilik rumah di Kuching & Samarahan. Dengan jaminan bertulis, harga telus dan kerja yang siap ikut jadual.

Mulakan Dengan Site Survey Percuma →

Kontraktor Servis Rumah di Kuching & Kota Samarahan

Satu Pintu Untuk Semua Keperluan Rumah Anda.

Baiki Bumbung & Atap Bocor

Atap bocor, rembesan siling, zink berkarat. Kami repair atau ganti terus. Pakar bumbung untuk hujan lebat Sarawak, dengan jaminan bertulis.

Renovasi Dalaman

Kitchen cabinet, plaster ceiling, wiring, plumbing. Satu pasukan uruskan semua. Anda tak perlu kejar kontraktor berbeza untuk setiap kerja.

Repair & Baiki Dinding Retak

Dinding retak, simen pecah, tiles rosak. Kami baiki dengan kemas sebelum ia jadi kerosakan besar.

Cat Rumah & Finishing

Cat premium, kerja kemas, siap ikut masa. Rumah anda nampak baru semula tanpa gangguan berpanjangan.

Mahu Servis Lain?

Hubungi kami untuk renovasi mengikut bajet & citarasa anda.

Custom Quotation
Tukang mahir Peace Construction sedang menyiapkan kerja renovasi rumah di Kuching

18+

Tahun Kepakaran Industri

Kenapa Pilih Peace Construction?

Kami Menjaga Rumah Anda Macam Rumah Sendiri.

Kami faham. Rumah adalah aset paling berharga anda dan menyerahkannya kepada orang yang anda tak kenal memang berat. Sebab itu setiap janji kami ada hitam putih.

Jaminan Kerja Bertulis

Warranty hitam putih sehingga 10 tahun, ikut skop kerja. Kalau ada masalah, kami datang baiki percuma tanpa banyak alasan.

Pasukan Berpengalaman

Semua pekerja terlatih dengan 18+ tahun pengalaman teknikal dalam industri pembinaan.

Harga Telus & Berpatutan

Tiada hidden cost. Apa yang kami sebut dalam quotation, itulah yang anda bayar.

Siap Ikut Jadual

Kami hormati masa anda. Setiap projek siap on-time dengan kualiti yang dijanjikan.

500+

Projek Siap

18+

Tahun Pengalaman

4.9/5

Kepuasan Pelanggan

100%

Jaminan Kerja

Proses Mudah, Tanpa Stress

Hanya 4 Langkah Mudah, Tanpa Sebarang Risiko.

01

Hubungi Kami

WhatsApp atau isi borang. Kami balas dalam 24 jam untuk fahami masalah anda.

02

Site Survey Percuma

Kami datang periksa keadaan sebenar rumah anda. Tiada caj, tiada komitmen.

03

Sebut Harga Jelas

Quotation terperinci dengan breakdown kos lengkap. Apa yang tertulis, itulah yang anda bayar.

04

Kerja Bermula

Pasukan kami bekerja ikut jadual yang dipersetujui dan kawasan kerja sentiasa dikemas.

Selepas siap: rumah diserahkan semula kepada anda, lengkap dengan jaminan bertulis.

Peace of Mind Terjamin 🛡️

Apa Kata Pelanggan Kami

Dari Risau Kepada Tenang.

"Hasil kerja sangat kemas dan siap ikut jadual. Memang puas hati dengan servis Peace Construction!"

A

Encik Ahmad

Tabuan Jaya, Kuching

"Pasukan yang sangat profesional. Siap on-time dan kawasan kerja sentiasa dikemas rapi. Sangat rekomen."

S

Puan Siti

Uni Garden, Kota Samarahan

"Harga berpatutan, kerja berkualiti. Tak perlu risau lagi kalau hujan lebat. Terima kasih team!"

L

Mr. Lee

Matang, Kuching

Soalan Lazim

Semua Jawapan Di Sini.

Setiap kerja disertakan jaminan bertulis sehingga 10 tahun. Tempoh sebenar bergantung pada jenis kerja dan skop projek dan dinyatakan dengan jelas dalam sebut harga anda.

Bergantung skop kerja. Biasanya beberapa hari untuk kerja repair kecil, 2-4 minggu untuk renovasi penuh.

Langsung tiada. Sebut harga yang kami berikan adalah muktamad melainkan ada permintaan tambahan dari anda.

Bergantung pada punca dan saiz kerosakan. Tampalan kecil jauh lebih murah daripada tukar zink penuh. Kami buat site survey percuma dulu, kemudian beri sebut harga muktamad. Tiada caj tersembunyi.

Seluruh Kuching dan Kota Samarahan, termasuk Tabuan Jaya, Batu Kawa, Matang, Petra Jaya, Stutong, Samariang dan kawasan sekitar.

Setiap rumah berbeza ikut skop, sama ada repair kecil, cat semula atau renovasi penuh. Hubungi kami untuk site survey percuma dan quotation terperinci dengan breakdown kos lengkap.

Masih ada soalan lain? Jangan segan untuk bertanya.

Tanya Kami di WhatsApp Sekarang →

Hubungi Kami

Jangan Tunggu Sampai Rumah Roboh!

Kerosakan tak tunggu anda bersedia. Isi borang di sebelah. Kami balas dalam 24 jam dengan site survey dan sebut harga percuma. Tiada komitmen, tiada caj tersembunyi.

Hubungi / WhatsApp

+60 14-399 1204

Kawasan Servis

Kuching & Kota Samarahan, Sarawak

Ada masalah rumah? Tanya kami! 👋